Pages

Friday, April 12, 2013

Ayuh melaju menuju syorga-Nya!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.. 



 Sahabat.. 
 Tolong ingatkan diri ini bahawa.. 
 Masa tidak pernah menunggu kita.. 
 Ia bergerak terlalu pantas.. 
 Dan kita perlu lebih pantas utk mengejarnya..
 Jgn kelak kita yg menyesal krn mensia-sia kan masa yg ada ini.. 
 Ayuh, bersama-sama ku utk terus melaju.. 
 Ke mana? 
 Menuju redha Allah dan tinggalkan segala karat2 jahiliyyah ini.. 

Senyum. 

 Sahabat.. 
 Dalam hidup ini.. 
 Kita cuma ada satu peluang..
 Adakah kau cuma ingin terus berada di situ? 
 Gunakan lah peluang yg ada ini utk mengejar Jannah-Nya.. 
 Satu tawaran hebat dari sang pencipta, Allah s.w.t. 

 Sahabat.. 
 Ayuh,kita sama-sama..
 Tinggalkan beban-beban yg sudah lama menyesakkan jiwa ini.. 
 Tinggalkan kisah2 silam lagi hitam itu jauh ke belakang.. 
 Kerana ia tidak mungkin akan kembali.. 
 Pandanglah ke hadapan pengakhiran yg bagaimana selama ini kau idamkan.. 
 Baik atau buruk? 

 Sahabat.. 
 Mulakan lah sebuah perubahan besar itu dlm diri mu.. 
 Berubah lah ke arah kebaikan dan aku yakin kau mampu.. 
 Kerana perubahan itu sebenarnya bermula dalam dirimu.. 
 Dan ingatlah bahawa.. 
 Allah sentiasa ada utk membantuMu wahai sahabatku.. :)

#Subhanallah..alhamdulillah..lailahaillah..allahuakbar..
# Subhanallahi wa bihamdih..subhanallahil adzim..

Semoga hidup kita dilimpahi keberkatan waktu dan ketenangan jiwa..
InshaAllah..
Hindari jahiliyyah! 



Sunday, March 31, 2013

Aku mahu kau juga rasa yang sama...

Bismillah thumma alhamdulillah..




Syukur, syukur, syukur..

Hanya itu yg mampu diluahkan selepas menghadiri Conference Riang sebentar tadi. Walau pada mulanya, agk sukar utk merelakan kaki dan jiwa utk menghadirinya, dan Allah inshaAllah mmg hendak memilih aku lagi utk kali ini.

Bagiku, setiap hari Ahad sudah dirasakan hari yg paling bahagia buat jiwa ini selain jumaat iaitu penghulu segala hari, kerana seringkali hati ini dibasahi sentuhan-sentuhan dan perasaan indah yg bisa menyentuh lembut ke dalam hati.

Dear Allah, Terima kasih kerana memberi aku peluang utk merasai nikmat ini. Merasai indahnya erti ukhuwwah Islam dan dapat merasai berada dalam sebuah perjalanan panjang menuju redhaMu. Walau hati berbelah bagi,, sama ada utk memperbaiki diri menghampiri Allah (meghadiri conference riang) atau mengejar kejayaan dunia semata (study utk midsem). Alhamdulillah, Allah beratkan hati utk aku mendahulukan jalan ini.

 Teringat aku pada sepotong ayat ini:

Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7) 

Lalu hati ini terus berbisik yakin!

"InshaAllah, Allah ingin memberikan sesuatu yg bermakna buat diriku hari ini.. "

Ya, aku yakin itu! Refreshing (Tajdid) niat itu penting dalam diri setiap insan bergelar Muslim kerana dgn niat itu lah kita dapat menukarkan sesuatu amalan biasa kpd ibadah plus ikhlas kerana Allah. :)

Di sini, aku mahu kau, ya kau sedang membaca ini, supaya turut merasai apa yg dapat aku rasa ini. Apa yg kau perlu ada ialah 'sebuah bulatan.' (jika belum ada-lah ^^)

Mungkin bulatan ini pada mulanya kau rasakan ia tidaklah segumbira yg disangka, namun percayalah dipertengahannya kau akn temui ke'osem'an, ke'sweet'annya juga kenikmatan berada bersama bulatan OSEM ini.

Aku mahu kau juga merasai tatkala hatimu bagaikan disentuh lembut oleh Allah, kau kan bisa menangis kerana indahnya susunan dan aturan Allah buatmu. Sentuhan itu indah dan unik. Hanya kau yg tidak sedar atau buat-buat tak sedar. Yakin lah bahawa Allah tidak mahu membebankan mu malah Allah ingin membantu mu.

Dia (Allah) telah menjanjikan yg terbaik buatmu, jika kamu bersungguh-sungguh membantu agama Allah. Jangan pernah sekali engkau meragui janji Allah.

Tapi kan, aku sedikit hairan, kenapa kau masih ragu-ragu utk memasuki bulatan ini?

Kenapa kau terlalu yakin utk tidak sertai bulatan ini?

Bukankah itu tujuan kita diciptakan di muka bumi ini?

Bukankah kita ini tidak lebih dari seorang hamba?

Seharusnya, seorang hamba perlu mematuhi perintah dan suruhan Tuhannya. Dan meninggalkan segala larangan nya.

Bukankah begitu? Fikir dan renungkanlah.

Aku cuma ingin berkongsi pengalaman indah yg ku rasai selama berada di jalan ini. Tiada apa yg dirasakan penat, lelah, bosan sepanjang berada di dalamnya kerana Allah sentiasa bersama.

Yakinlah sahabat. Ini jalan Allah. Mana mungkin Allah membiarkan kita keseorangan hidup tanpaNya.

Bagi kau diluar sana, jika masih belum mempunyai 'bulatan' ini, berusahalah utk mencarinya dan percayalah bahawa amatlah indah hidup di dalam syariat Islam.

Jika kau berusaha, inshaAllah pasti Allah akan permudahkan urusan mu.

*Bulatan Gumbira = usrah dan 'Conference' Riang = daurah.


 "Wahai Allah, Engkau permudahkanlah dan jangan Engkau susahkan."

Friday, March 29, 2013

Ibrah dari setiap ujian hidupmu..

In the name of the MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL~~

"Ajari jiwa utk terbang tinggi,
agar segala yg berada di dunia kelihatan kecil,
lalu kita sentiasa bermimpi-mimpi tentang kehidupan abadi."

-my favourite quote-



Dewasa kini Allah uji kita dengan pelbagai cara,
tentang apa yg engkau azamkan,
Apa yg engkau ucapkan,
Apa yg engkau janjikan,
Juga apa-apa sahaja yg engkau lakukan,

Haruslah diingat bahawa
Ujian itu mmg Allah tujukan khas utk kita. Ya, utk kita. 
Utk kebaikan diri kita,
Utk kekuatan iman kita,
Utk mematangkan kita,
Utk mengajar kita erti hidup di dunia sebelum menuju kehidupan yg lebih abadi,

Oleh itu..

Ketahuilah bahawa
Engkau perlu terus bertahan,
Engkau perlu terus bersabar,
Engkau perlu kuatkan kaki melangkah,
Engkau perlu tabahkan jiwa menempuh
segala ujian Allah itu kepadamu...

dan janganlah sesekali engkau berputus asa dari rahmat Tuhanmu,
jgn pernah sesekali merasa lemah,
jgn pernah sesekali mengaku kalah,
jgn pernah sesekali kecewa dgn janji Tuhanmu,
jgn pernah sesekali menyalahkan takdir Tuhanmu,

Hanya letakkan sepenuh keyakinanmu pada Allah,
kerana Allah Maha Mengetahui,
Dia mengetahui segala yg engkau pendamkan,
segala yg engkau gusarkan,
juga segala apa yg engkau rahsiakan.

Sesungguhnya Allah lebih tahu bahawa engkau lemah, 
Allah lebih tahu bahawa engkau takkan pernah mampu melakukan sesuatu melainkan dgn izin-Nya,
Allah lebih tahu segala perihal dirimu kerana Dia jugalah yg menciptakan engkau,

oleh kerana itu,

Sentiasalah yakin pd Allah, yakin pd janjiNya, yakin dengan sepenuh hatimu bahawa Allah sentiasa ada utk membantumu walau sesukar manapun urusanmu di dunia ini. 
Allah itu sentiasa ada utk membantumu kerana Dia tahu sejauh mana kemampuan dirimu utk menghadapi sesuatu ujian itu.

"Wahai Allah, jangan pernah engkau tinggalkanku keseorangan dikala diri ini masih belum kuat memahami erti hidup. Jangan pula engkau biarkanku jauh dariMu sehinggaku sering lalai mengingatiMu, seringkali berkira-kira utk melakukan amal kebajikan juga seringkali leka dengan keseronokan dunia ini. Oleh itu wahai Allah, kuatkanlah aku utk terus tetap di jalan ini, jalan yg engkau redhai. Amin."

"Apakah manusia mengira bahawa meraka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
'Kami telah beriman,' dan meraka tidak diuji?" [Al-Ankabut: 2]

"Dan sungguh, Kami benar-benar menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yg benar-benar bejihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu. " [Muhammad : 31]

"Allah hendak memberikan keringan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." [An-Nisa' : 28]


"Kerana Allah mencintaimu, maka Dia mengujimu supaya engkau lebih dewasa. :)"









Tuesday, March 5, 2013

Doa malaikat kepada golongan manusia

Bismillahirrahmanirahim.. 



Tahukah anda? Siapakah golongan manusia yg didoakan malaikat? 

Jom kita refresh minda!

1- Orang yang menanti waktu solat dalam keadaan berwudhuk
~ mereka adalah orang yang sangat2 menjaga solatnya. Mereka akan sentiasa memastikan setiap waktu solat, mereka akan berada di saf yang paling hadapan, menyegerakan solat di awal waktu, on time/ in time untuk solat berjemaah.

2- Orang yang menziarahi orang sakit
~ Nabi bersabda: "Sesiapa yang pergi menziarahi orang sakit, Allah akan mengutuskan 70 ribu malaikat mengelilinginya, mendoakan kesejahteraannya, memberi rahmat dan keampunan untuknya."

3- Orang yang duduk sebentar ditempat solat setelah selesai solat
~Seperti mana yang kita sedia maklum, doa selepas solat fardhu adalah antara waktu mustajab doa.

4- Orang yang mendoakan saudara-mara/sahabat tanpa pengetahuan saudara-mara/sahabat mereka.
~Para malaikat akan mengaminkan doa kita dan mendoakan kembali kpd kita sama seperti mana kita mendoakan sahabat ataupun saudara- mara kita.

5- Orang yang berwudhuk sebelum tidur
~ "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan berwudhuk, Allah akan mengutuskan malaikat datang ke ubun-ubunnya khusus untuk mendoakan kita yang sedang tidur." MasyaAllah. :')

6- Golongan yang berada di dalam majlis ilmu atau majlis zikir.


Namun, ada juga golongan yang mendapat doa yang tidak baik dari malaikat. Golongan tersebut ialah:-

# Orang yang kedekut dan bakhil

# Orang yang derhaka pada kedua orang tuanya dan tidak berbakti kepada mereka selama mereka hidup

# Orang yang tidak berpuasa di bulan ramadhan lalu mati dalam keadaan tidak berpuasa

# Orang yang tidak berselawat kepada baginda Rasulullah ketika disebutkan namanya

# Isteri yang mengingkari suami dan tidak menunaikan kewajipan terhadap suami

Na'uzubillahiminzalik. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mendapat doa yang tidak baik dari malaikat.

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal dgn ikhlas.
Semoga entri ini bermanfaat dan mendapat redha Allah. InshaAllah. :)

Sunday, March 3, 2013

Hasbunallah wa nikmal wakil, nikmal maula, wa nikman nasir..


Bismillahirrahmanirahim..


Hasbunallah wa nikmal wakil, nikmal maula, wa nikman nasir..
"Cukuplah Allah sebagai penolong, dan sebaik-baik pelindung.."

Ya Allah, kuatkan aku untuk menempuh kehidupan dunia ini, walau bukan setiap detik hati ini ku sandarkan dalam mengingatiMu..namun sering juga ku memohon ampun dariMu wahai Tuhanku atas ketidakmampuan aku itu. Semoga hati ini akn terus berada dalam pemeliharaanMu. Sentiasa. InshaAllah.

Akan ku cuba sandarkan jiwa ku hanya pada Allah semata. Sehingga suatu saat bisa ku rasakan beban itu hilang dan sentiasa merasa tenang saat diri diuji. Sepenuh hati ku serahkan kepada Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung bagi diriku.

Hayati lagu ini dan semoga bermanfaat. :)