Pages

Wednesday, September 22, 2010

Apakah batas-batas antara lelaki dan perempuan??


In the name of Allah the most gracious and the most merciful ^^,

Post kali nie..ana just nk share hadis2 yg rsenye ramai yg dh sllu dgar dan rmai yg dh tahu..cume bile da mnigkat dewasa ni, kita sering alpa dn leka untuk mnjage batas2 antara lelaki dan perempuan trmasuk lah diri ini~~ astaghfirullahaladzim (T_T)

oke xkesah la kita dh tahu ke blum..jum same2 fikir2kn jp dan muhasabah diri ini~

Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'.
Sebab??
Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah.

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 juga Allah m'beritahu,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Renungan untuk an-nisa' sekalian..
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW:
Ertinya : "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Jadi, marilah kita sama2 perbetulkn ape yg salah..dan kita renung2kn tujuan kita berada di muka bumi Allah ini..adakah hanya untuk BERSERONOK? atau untuk mengejar HARTA, PANGKAT, WANITA? dan khas buat kaum wanita sekalian..ingatlah bhawa..di akhirat kelak,kaum wanita lah yg byk memenuhi neraka..so,ikutlah perintah dan suruhan Allah keseluruhannya serta tinggalkn larangNya keseluruhannya..sesungguhnya janji Allah itu pasti!



Thursday, September 2, 2010

Tutuplah auratmu ya nisaa'




Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t


Salam taaruf sebagai pembuka bicara untuk artikel yang tidak seberapa ini. Malah ditulis oleh seorang hamba yang lemah lagi dhaif serta kurang ilmunya dalam ilmu Allah tetapi menulis sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan juga saudara se-Islam yang lain di luar sana.


Bagi artikel ini, saya ingin menyentuh soal aurat yang khusus kepada para wanita di luar sana amnya, dan di universiti ini khususnya sama ada pensyarah, pelajar, staf mahupun tukang cuci sekalipun. Saya memfokuskan kepada wanita terlebih dahulu kerana aurat wanita telah diperincikan penerangannya di dalam Al-Quran.


Firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)


Seorang Muslimah, seluruh tubuh badannya wajib dilindungi daripada pandangan lelaki ajnabi, kecuali muka dan tapak tangan seperti yang disepakati oleh pendapat jumhur ulama dari zaman berzaman. Ulama juga telah bersepakat bahaya setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi kita Muhammad S.A.W juga adalah ditujukan kepada setiap Muslim.


Oleh itu, dalam perkara ini, menutup aurat termasuklah kepala, rambut, leher dan dada adalah satu perintah yang bukan hanya terhad kepada isteri-isteri Nabi, tetapi juga kepada seluruh kaum wanita Muslim. Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku Muslim lagi mukmin, wajiblah mereka tunduk dan patuh serta mentaati perintah Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat tadi.


Definisi jilbab yang disebut di dalam ayat tadi adalah pakaian yang dipakai oleh kaum wanita (sama seperti baju kurung) untuk menutup badan mereka. Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi menerangkan bahawa di zaman Jahiliyah, apabila segelintir wanita keluar dari rumah, mereka gemar menunjuk-nunjuk sebahagian kecantikan mereka seperti dada, leher dan rambut sehingga mereka diganggu oleh lelaki-lelaki yang gemar melakukan zina.


Kemudian, ayat di atas diturunkan memerintahkan wanita-wanita Muslim untuk memanjangkan (beerti dari bahagian atas ke bahagian dada dan bukannya hanya di bahagian dada sahaja) jilbab mereka supaya menutup bahagian-bahagian badan yang boleh mendatangkan fitnah. Dengan cara ini, mereka akan dikenali sebagai wanita suci, mulia dan bersih (‘afifah) dan menepati ciri wanita Muslim sebenar. Jadi, dengan demikian mereka akan dikenali sebagai bukan kumpulan wanita murahan yang boleh dipermain dan diganggu maruahnya.


Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu tanpa hikmah yang mempunyai kesan kepada manusia itu sendiri. Allah itu lebih tahu tentang segala perkara yang dirancang-Nya. Jadi kita sebagai hamba cuma perlu melihat apakah hikmah yang terkandung di sebalik penegasan sesuatu hukum itu. Cuba kita lihat situasi ini.


Wanita : Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja.

Adil ke begitu ustaz?

Ustaz : Puan tahu tak berapa jarak matahari ke bumi?

Wanita : Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi.

Ustaz : Cuba Puan bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi

rapat, apa agaknya akan jadi kat kita

Wanita : Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz.

Ustaz : Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam

seluruh urusannya, jika tidak, sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga,

siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya.

Wanita : Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa.

Ustaz : Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah

dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu.

Wanita : Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahal azim.


Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contoh ‘favorite'nya pula ialah dengan menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."


Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.


Justeru itu, semua wanita yang beragama Islam di universiti ini semaklah sama ada anda menutup aurat mengikut syariat yang ditetapkan atau tidak. Tidak perlulah kita untuk menunjukkan susuk tubuh badan anda kepada lelaki lain. Biarlah lelaki yang halal untuk anda sahaja melihatnya.


Tidak ada gunanya memperagakan betis dan peha anda dengan memakai kain yang terbelah menampakkan keduanya disamping baju kebaya yang ketat. Tidak ada ruginya untuk kita menurut segala perintah Allah kerana itulah tujuan kita hidup di dunia ini iaitu untuk menyembah Allah.


Jika anda orang yang bijak, fikirkanlah tentang nasib kita setelah kita tiada di dunia. “Sebijak-bijak manusia itu adalah mereka yang mengingati mati”. Janganlah apa yang kita lakukan di dunia ini tidak mampu untuk membantu kita menyeberangi titian Sirat nanti.


Wallahua’lam