Pages

Thursday, January 24, 2013

Ya, kekuatan itu dari ALLAH…


Bagaimana untuk menilai indahnya erti sebuah kehidupan?

Adakah pada nilaian kehebatan kita di mata manusia?

Atau

pada kekuatan kita dalam menempuh erti sebuah perjalanan yang panjang

lagi berliku demi mengharap redha Allah s.w.t. agar nilaian amalan kita di

mata Allah iaitu sebagai hamba yg dirahmati dan diredhai olehNya.


allah..

Cinta Allah itu tingkat paling utama.

       
           Bukan nilaian manusia yg kita impikan. Hiduplah sebagai seorang

hamba yg punyai matlamat untuk menjadi ‘Warga Akhirat’, yang punya hati

dan jiwa yg tenang. Agar kita kelak dikembalikan dalam keadaan yang

sempurna seperti asal kejadian sejak dilahirkan; suci dari dosa-dosa

jahiliyah dan semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.

            Kesusahan dan kepayahan hidup itu adalah lumrah kehidupan juga

sunnatullah. Kerana setiap manusia tidak akan terlepas daripada ujian

dan masalah hidup. Oleh itu, kita perlu menjadi hambaNya yg bijak

dan sabar dalam menguruskan hati, jiwa, dan diri ini untuk menempuh setiap

ujian Allah itu. Kerana sesungguhnya kita tidaklah diciptakan utk menjadi

sesuatu yg sia-sia, tetapi kita punya tugas, amanah dan tujuan yg perlu

dibawa dan dipikul bersama dalam meniti hari2 terakhir kita di muka bumi

Allah sebelum menjejakkan kaki ke alam Akhirat yg kekal abadi.

            Tetapi, adakah kita sudah bersedia? Adakah kita sudah

menunaikan tanggungjawab dan amanah yg kita ada? Adakah kita

sudah cukup bersedia utk disoal satu persatu tentang amalan kita?

Renung kembali tujuan asal kita dicipta; untuk memakmurkan bumi,

mengajak pd kebenaran dan mencegah kemungkaran. dan ikhlas lah dalam

setiap amalan2 mu kepada Allah. Juga dalam menempuh ujian yg

mendatang, ikhlaskan niat kita utk menempuhnya dan kuatkan

keazaman dan keyakinan kita pada Allah kerana kita tahu utk mendapat

syurga itu bukanlah satu benda yg MUDAH, kerana ia adalah semahal-

mahal ganjaran Allah utk hambaNya yg beriman dan beramal soleh juga

hanya layak utk hambaNya yg benar2 bertaqwa padaNya.


           Syurga Allah itu sangat2 indah, sangat2 mahal dan semestinya

sangat2 susah utk mendapatkannya jika kita hanya melakukan amalan yg

berlebih kurang dengan Allah. Jadi, berusahalah bersungguh2 utk

mendapatkan ganjaran yang termahal itu. Tawaran ini hanya sekali dari

Allah s.w.t kpd hambaNya.

Maka rugilah bagi mereka yg terlepas dari mendapat ganjaran dan tawaran

yg HEBAT ini. Subhanallah..


#Sekian saja. Mohon maaf atas segala kekurangan diri. InsyaAllah.~

No comments: