Pages

Sunday, March 31, 2013

Aku mahu kau juga rasa yang sama...

Bismillah thumma alhamdulillah..




Syukur, syukur, syukur..

Hanya itu yg mampu diluahkan selepas menghadiri Conference Riang sebentar tadi. Walau pada mulanya, agk sukar utk merelakan kaki dan jiwa utk menghadirinya, dan Allah inshaAllah mmg hendak memilih aku lagi utk kali ini.

Bagiku, setiap hari Ahad sudah dirasakan hari yg paling bahagia buat jiwa ini selain jumaat iaitu penghulu segala hari, kerana seringkali hati ini dibasahi sentuhan-sentuhan dan perasaan indah yg bisa menyentuh lembut ke dalam hati.

Dear Allah, Terima kasih kerana memberi aku peluang utk merasai nikmat ini. Merasai indahnya erti ukhuwwah Islam dan dapat merasai berada dalam sebuah perjalanan panjang menuju redhaMu. Walau hati berbelah bagi,, sama ada utk memperbaiki diri menghampiri Allah (meghadiri conference riang) atau mengejar kejayaan dunia semata (study utk midsem). Alhamdulillah, Allah beratkan hati utk aku mendahulukan jalan ini.

 Teringat aku pada sepotong ayat ini:

Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7) 

Lalu hati ini terus berbisik yakin!

"InshaAllah, Allah ingin memberikan sesuatu yg bermakna buat diriku hari ini.. "

Ya, aku yakin itu! Refreshing (Tajdid) niat itu penting dalam diri setiap insan bergelar Muslim kerana dgn niat itu lah kita dapat menukarkan sesuatu amalan biasa kpd ibadah plus ikhlas kerana Allah. :)

Di sini, aku mahu kau, ya kau sedang membaca ini, supaya turut merasai apa yg dapat aku rasa ini. Apa yg kau perlu ada ialah 'sebuah bulatan.' (jika belum ada-lah ^^)

Mungkin bulatan ini pada mulanya kau rasakan ia tidaklah segumbira yg disangka, namun percayalah dipertengahannya kau akn temui ke'osem'an, ke'sweet'annya juga kenikmatan berada bersama bulatan OSEM ini.

Aku mahu kau juga merasai tatkala hatimu bagaikan disentuh lembut oleh Allah, kau kan bisa menangis kerana indahnya susunan dan aturan Allah buatmu. Sentuhan itu indah dan unik. Hanya kau yg tidak sedar atau buat-buat tak sedar. Yakin lah bahawa Allah tidak mahu membebankan mu malah Allah ingin membantu mu.

Dia (Allah) telah menjanjikan yg terbaik buatmu, jika kamu bersungguh-sungguh membantu agama Allah. Jangan pernah sekali engkau meragui janji Allah.

Tapi kan, aku sedikit hairan, kenapa kau masih ragu-ragu utk memasuki bulatan ini?

Kenapa kau terlalu yakin utk tidak sertai bulatan ini?

Bukankah itu tujuan kita diciptakan di muka bumi ini?

Bukankah kita ini tidak lebih dari seorang hamba?

Seharusnya, seorang hamba perlu mematuhi perintah dan suruhan Tuhannya. Dan meninggalkan segala larangan nya.

Bukankah begitu? Fikir dan renungkanlah.

Aku cuma ingin berkongsi pengalaman indah yg ku rasai selama berada di jalan ini. Tiada apa yg dirasakan penat, lelah, bosan sepanjang berada di dalamnya kerana Allah sentiasa bersama.

Yakinlah sahabat. Ini jalan Allah. Mana mungkin Allah membiarkan kita keseorangan hidup tanpaNya.

Bagi kau diluar sana, jika masih belum mempunyai 'bulatan' ini, berusahalah utk mencarinya dan percayalah bahawa amatlah indah hidup di dalam syariat Islam.

Jika kau berusaha, inshaAllah pasti Allah akan permudahkan urusan mu.

*Bulatan Gumbira = usrah dan 'Conference' Riang = daurah.


 "Wahai Allah, Engkau permudahkanlah dan jangan Engkau susahkan."

No comments: